Wednesday, 27 April 2016

URUTAN MUKA

Pengenalan kepada urutan muka


Bagi mendapatkan wajah yang segar, mengurut muka dengan teknik yang betul
adalah sangat penting.  Selain itu, faktor indikasi dan indikasi kontra turut diberi
perhatian bagi mengelak masalah selepas pengurutan muka.  

Perkataan massage dikatakan berasal daripada perkataan Arab iaitu mass atau
mash yang bermaksud menekan dengan betul.  Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga,
perbuatan menekan dengan lembut adalah mengurut. 

Pada abad ke-19, konsep Swedish Massage yang berdasarkan fisiologi telah
dikembangkan dan diperkenalkan dalam bidang perubatan di London.  Selain itu,
pengurutan juga turut digunakan dalam bidang kecantikan.





Otot muka

Terdapat banyak otot- otot yang sangat kecil di muka dan berkait kepada otot kecil
yang lain.  Apabila otot-otot ini bergerak, ia akan mewujudkan ekspresi muka.
Dalam rawatan urutan muka juruterapi perlu mengetahui bahagian otot yang ada
pada muka. Bahagian otot muka mempunyai titik-titik meridian di mana titik-titik ini
rerangkumi setiap bahagian badan seseorang.






 Tujuan dan kesan pengurutan muka

Pengurutan merupakan perbuatan memicit, menggosok dan menekan dengan jari
atau tangan untuk menyegarkan dan menyembuhkan penyakit. Tujuan dan
kesan pengurutan muka adalah seperti yang berikut:

i.         Mengeluarkan sel kulit mati pada lapisan epidermis.
ii.       Membantu membaharui sel.
iii.      Merehatkan dan mengurangkan ketegangan pada kulit muka.
iv.      Merangsang peredaran darah dan menyebabkan eritema pada epidermis kulit.
v.       Merangsang peredaran limfa dan pembuangan bahan kumuh.
vi.      Membaiki keanjalan otot fasial.



PENGEWAPAN MUKA


Pengewapan muka ialah satu aspek penting yang selalunya dilakukan semasa rawatan kulit wajah. Pengewapan wajah boleh dilakukan dengan menggunakan wap sejuk dan wap panas. Pada umumnya wap panas digunakan di salun kecantikan. Wap panas merangkumi wap biasa dan wap ozon.  Pengewapan muka dilakukan selepas proses pembersihan muka.

Kebaikan pengewapan muka

Terdapat beberapa kebaikan dalam pengewapan muka. Kebaikan tersebut
adalah seperti yang berikut:

·           Menggalakkan pengeluaran peluh
·           Merangsang peredaran darah
·           Melembutkan tekstur kulit dan tisu kulit
·           Memudahkan pengeluaran komedon
·           Membersihkan kulit secara mendalam
·           Mengimbangkan pH kulit.
·           Membuka folekel rambut.
·           Memberi kesan antiseptik.
·           Membantu membaiki kulit yang bermasalah.
·           Membantu melembap dan melembutkan lapisan korneum.
·           Menggalakkan perkumuhan dan pembuangan bahan toksik.
·  Mengaktifkan edaran saluran subkutis dan membekalkannya dengan oksigen.


Indikasi dan indikasi kontra pengewapan muka

Sebelum melakukan rawatan mengewap muka, juruterapi harus mengetahui indikasi dan indikasi kontra yang perlu diamalkan.

Indikasi
Indikasi Kontra
i.      Kulit matang
ii.    Kulit kering
iii.   Kulit normal
iv.   Kulit berminyak
v.    Kulit kombinasi
i.       Kulit hipersensitif
ii.      Luka
iii.     Bengkak
iv.     Jerawat
v.      Selepas rawatan haba
vi.     Radang kulit
vii.   Penyakit asma dan kencing manis
viii.  Cedera akibat selaran matahari
ix.     Histeria
x.      Kapilari darah pecah
xi.     Migrain

MEMBERSIH SOLEKAN DI MUKA DAN DADA


  • Letakkan bahan pembersih di keseluruhan leher dan muka.
  • Ratakan pembersih pada leher, dagu, pipi, hidung dan dahi.
  • Bersihkan muka dengan gerakan seperti usapan dan geseran pada seluruh muka.
  • Pastikan pembersih tidak masuk ke dalam mata.
  • Dalam proses membersih muka, pastikan pelanggan tidak membuka mata
  •  Bersihkan bahagian tersebut dengan span muka yang lembap dan air suam.  Petapkan leher dan muka dengan kertas tisu.


TEKNIK MEMBERSIH MUKA DI BAHAGIAN MATA DAN BIBIR

Membersihkan solekan di bahagian mata dan bibir


Pembersihan di bahagian mata haruslah menggunakan putik kapas serta kapas
muka dan dibersihkan menggunakan eye makeup remover secara berhati-hati,
perlahan-lahan dan lembut. Teknik pembersihan di bahagian mata dan bibir 
adalah  seperti berikut:
    • Minta pelanggan menutup mata. Letakkan kapas muka di bahagian bawah mata, ambil sedikit eye makeup remover dan cuci bulu mata menggunakan putik kapas untuk membuang maskara.
    • Letak sedikit eye makeup remover pada kapas lembap dan letakkan di bawah mata. 
    • Letak eye makeup remover pada kapas lembap dan letakkan di atas kelopak mata dan kening.
    • Bersihkan solekan secara perlahan-lahan ke arah keluar mata mengikut arah pusingan jam.
    • Letak sedikit bahan pembersih pada kapas lembap.  Bersihkan bibir dari sudut luar ke tengah.  Lipat kapas ke bahagian yang bersih dan ulang proses pembersihan bibir sehingga sempurna.

PENJAGAAN KULIT

1.   PENGENALAN PENJAGAAN KULIT


Penjagaan kulit adalah satu perkhidmatan profesional untuk memperbaiki keadaan kulit.  Beberapa tujuan dan faedah penjagaan kulit adalah seperti yang berikut:

1.1         Tujuan penjagaan kulit

i.       Membersihkan kulit muka dengan sempurna
ii.      Membaiki keadaan kulit muka
iii.    Mengekalkan keanjalan kulit
iv.    Mengekalkan kesihatan kulit
v.      Merehat dan mengurangkan tekanan pada kulit muka

1.2         Faedah penjagaan kulit

i.       Membersihkan lapisan epidermis kulit dengan mendalam
ii.      Meransang peredaran darah
iii.    Membuang bahan toksik dari kulit
iv.    Merehatkan saraf dan otot muka
v.      Mempercepatkan fungsi dan pertumbuhan kulit
vi.    Melambatkan proses penuaan kulit
vii.   Membaiki keadaan kulit muka yang kering, berminyak dan bermasalah