Wednesday, 27 April 2016

URUTAN MUKA

Pengenalan kepada urutan muka


Bagi mendapatkan wajah yang segar, mengurut muka dengan teknik yang betul
adalah sangat penting.  Selain itu, faktor indikasi dan indikasi kontra turut diberi
perhatian bagi mengelak masalah selepas pengurutan muka.  

Perkataan massage dikatakan berasal daripada perkataan Arab iaitu mass atau
mash yang bermaksud menekan dengan betul.  Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga,
perbuatan menekan dengan lembut adalah mengurut. 

Pada abad ke-19, konsep Swedish Massage yang berdasarkan fisiologi telah
dikembangkan dan diperkenalkan dalam bidang perubatan di London.  Selain itu,
pengurutan juga turut digunakan dalam bidang kecantikan.





Otot muka

Terdapat banyak otot- otot yang sangat kecil di muka dan berkait kepada otot kecil
yang lain.  Apabila otot-otot ini bergerak, ia akan mewujudkan ekspresi muka.
Dalam rawatan urutan muka juruterapi perlu mengetahui bahagian otot yang ada
pada muka. Bahagian otot muka mempunyai titik-titik meridian di mana titik-titik ini
rerangkumi setiap bahagian badan seseorang.






 Tujuan dan kesan pengurutan muka

Pengurutan merupakan perbuatan memicit, menggosok dan menekan dengan jari
atau tangan untuk menyegarkan dan menyembuhkan penyakit. Tujuan dan
kesan pengurutan muka adalah seperti yang berikut:

i.         Mengeluarkan sel kulit mati pada lapisan epidermis.
ii.       Membantu membaharui sel.
iii.      Merehatkan dan mengurangkan ketegangan pada kulit muka.
iv.      Merangsang peredaran darah dan menyebabkan eritema pada epidermis kulit.
v.       Merangsang peredaran limfa dan pembuangan bahan kumuh.
vi.      Membaiki keanjalan otot fasial.



No comments:

Post a Comment