Bagi
mendapatkan wajah yang segar, mengurut muka dengan teknik yang betul
adalah
sangat penting. Selain itu, faktor
indikasi dan indikasi kontra turut diberi
perhatian bagi mengelak masalah
selepas pengurutan muka.
Perkataan massage dikatakan berasal daripada
perkataan Arab iaitu mass atau
mash yang bermaksud menekan dengan
betul. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga,
perbuatan menekan dengan lembut adalah
mengurut.
Pada abad
ke-19, konsep Swedish Massage yang
berdasarkan fisiologi telah
dikembangkan dan diperkenalkan dalam bidang
perubatan di London. Selain itu,
pengurutan juga turut digunakan dalam bidang kecantikan.
Terdapat
banyak otot- otot yang sangat kecil di muka dan berkait kepada otot kecil
yang
lain. Apabila otot-otot ini bergerak, ia
akan mewujudkan ekspresi muka.
Dalam
rawatan urutan muka juruterapi perlu mengetahui bahagian otot yang ada
pada
muka. Bahagian otot muka mempunyai titik-titik meridian di mana titik-titik ini
rerangkumi setiap bahagian badan seseorang.
Tujuan
dan kesan pengurutan muka
Pengurutan merupakan perbuatan
memicit, menggosok dan menekan dengan jari
atau tangan untuk menyegarkan dan
menyembuhkan penyakit. Tujuan dan
kesan pengurutan muka adalah seperti yang
berikut:
i.
Mengeluarkan sel kulit mati pada lapisan epidermis.
ii. Membantu
membaharui sel.
iii. Merehatkan
dan mengurangkan ketegangan pada kulit muka.
iv. Merangsang
peredaran darah dan menyebabkan eritema pada epidermis kulit.
v. Merangsang
peredaran limfa dan pembuangan bahan kumuh.
vi. Membaiki
keanjalan otot fasial.